SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2020
Terlalu banyak yang aku alami
Suka duka silih berganti
mioww... |
Segala nya tetap aku harungi
Aku telan segala “kepahitan”
Kerana aku tahu hasilnya pasti “kemanisan”
Yang akan aku miliki nanti
Aku lebih mengenali
Siapa yang sentiasa disisi
Siapa pula yang tinggalkan
Aku sendiri disaat aku merintih sedih.
Tak semua dengan rela hati
Sanggup korbankan masa dan tenaga
Hanya untuk orang bukan dari keluarga sendiri.
Kini aku menyedari disaat aku menyepi
Dan menghilangkan diri
Siapakah yang terlebih awal “menyedari”
Hakikatnya hanya mereka
Yang punya hati suci dan benar-benar ikhlas
Dalam ikatan persahabatan sejati
Dan keluarga yang sentiasa menemani
Itulah lumrah duniawi
Tak semua yang gelak ketawa bersama
Dia juga yang akan mengelap airmata
Manusia punya berbagai rupa
Begitu jua dalam kehidupan di alam fana ini.
Tuhan sentiasa menguji
Sesuai kemampuan diri.
Akan aku jadikan ingatan
Dan pengajaran dalam kehidupan
Akan aku sematkan di fikiran
Agar tiada lagi kesilapan berulang
Namun aku bersyukur
Segala apa yang telah aku alami
Ianya memberi makna pada diri.
YanG pergi tak akan aku ratapi
Aku perlu ikhlaskan hati
Kerana tuhan pasti akan ganti
Dengan yang lebih baik lagi
Aku berharap yang akan datang nanti
Mampu berikan lebih sinar kebahagiaan seiring
Dengan doa yang sering aku panjatkan.