Thursday, 8 February 2024

My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill



Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percutian saya di Sabah awal bulan Februari 2024 selama 2 hari 1 malam. Aktiviti berkhemah atau camping ini merupakan perkara yang wajib bagi seseorang yang gemar dengan suasana alam semulajadi.  

Perancangan camping ini bermula dari 5 Januari 2024, ini bermaksud hampir sebulan sebelum mengikuti perkhemahan. Pada 10 Januari 2024, saya dah membeli tiket flight return Sabah. Saya berterima kasih kepada agensi Jejak Borneo Travel & Tours SDN. BHD di atas segala pengurusan percutian saya kali ini. Ya betul..segala urusan saya dipermudahkan dan senang.

Perancangan Rare Camp Trip (Mentoki Hideout Campsite) dan Hiking Maragang Hill selama 2 hari 1 malam. Di sebabkan saya dari Semenanjung, maka saya kena beli tiket pergi sabah awal sehari. Penginapan memang dah diuruskan awal di Sky Hotel oleh Agensi Jejak Borneo,Sabah. Just masuk hotel terus rehat sebelum perjalanan terus ke Campsite keesokkan harinya.



Suasana Hotel yg macam apartment di Kuala Lumpur. Di mana dalam tu ada 2 bilik tidur, 1 bilik air, ada living room dan dry kitchen. 


Tempat semua orang berkumpul dan mengambil gambar bersama sebelum memulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. 


Gambar Jambatan Tamparuli daripada tempat packing kereta.

Alat musik traditional

Sungai 

Disambut dengan tarian tradisional Sabah dan alat musik yang berasal dari buluh.


Tugu Kenang Tentera British Maut di Sungai Tamparuli, Tuaran. Kewujudan sebuah Tugu dipercayai berusia lebih 60 tahun di bina bersebelahan pasar sayur-sayuran di pekan Tamparuli merupakan sebahagian daya tarikan kepada daerah ini. Mengikut sejarah orang setempat,tugu ini dibina sebagai mengenang dua orang tentera british yang maut di sungai berhampiran sewaktu kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover yang mereka naiki menyeberangi Jambatan Tamparuli pada 18 Mei 1960.

Mereka ialah prebet JWN Hall daripada Kor Kesihatan Diraja dan pemandu DC Cooper daripada Kor Perkhidmatan Diraja yang berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belud. Tragedi itu berlaku semasa perjalanan menghantar seorang wanita cedera parah dari Kampung Sayap, Kota Belud ke hospital di Jesselton. Ketika kenderaan terbabit berada di pertengahan jambatan, arus deras sungai tiba-tiba menyebabkan kenderaan tersebut hanyut. 

Mayat tiga mangsa nahas itu dijumpai dengan dua masih di dalam Land Rover yang dihanyutkan arus deras. Tiga hari kemudian baru dijumpai dan dua tentera british itu dikuburkan di perkuburan tentera Kem Paradise, Kota Belud.

Pekan  Tamparuli : suasana pagi yang meriah dan menarik terutamanya pasar sayur-sayuran. Pekan ini terletak kira-kira 38KM daripada Bandaraya Kota Kinabalu.

Jambatan Tamparuli.


Antara lukisan mural bercorakkan tradisional etnik masyarakat Tuaran yang penuh dengan sejarah, tersirat dan tersurat. Gambar ini berada di sebelah hujung jambatan yang berdekatan dengan pasar sayur-sayuran.

Mural lukisan  corak bermotifkan traditional yang mengandungi ciri-ciri etnik terdapat di daerah Tuaran.

Mengambil gambar di tengah2 Jambatan Tamparuli.

Gambar seorang perempuan yang penuh tersirat daripada Legenda Solungkoi (Cinta 3 segi). Solungkoi ini merupakan seorang gadis yang cantik dan disukai oleh Robinson (pegawai Inggeris yang bertanggungjawab atas pembinaan  Jambatan itu). Pada masa yang sama, Intang (pemuda tempatan) juga menaruh hati terhadap Solungkoi. Namun Solungkoi lebih menyukai Robinson, dan kemudian menjadi sepasang kekasih.
Kerana dendam dan kecewa cintanya bertepuk sebelah tangan, Intang marah dan ingin membalas dendam. Intang menghasut Odu (dukun kampung) untuk memilih Solungkoi sebagai korban kepada hantu air untuk meredakan kemarahan. Terhasut dengan cadangan Intan, Odu memberitahu Robinson bahawa Hantu Air menginginkan Solungkoi sebagai 'Korban' untuk ritual jambatan tersebut. Dalam ritual tersebut, Solungkoi ditanam dalam secara hidup dengan cerucuk besi yang ditanam pada tiang jambatan. Segala tangisan bantahan Solungkoi tidak dihiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung lain. Setelah ritual selesai, Robinson menyesal dengan tindakan dan membunuh diri di jambatan tersebut. 
Terima kasih kepada mereka berdua (Daibik & Nazri 50) kerana sudi sharing tentang legenda jambatan tamparuli.

Singgah di Bataras Superstore untuk membeli sedikit barang keperluan.


Van yang dinaiki oleh kami tersekat gara2 jalan tanah yang licin yang disebabkan oleh hujan. Jadinya saya dan 2 orang lagi kawan berjalan kaki ke campsite dengan sukarela sambil2 menghayati ladang kobis.

Keadaan jalan tanah yang cantik dan licin.
Singgah sekejap ambil gambar background ladang kobis.

View Campsite.

Sampai di Campsite, memang mencabar dan menguji kesabaran dalam mendirikan khemah atau tents.











Rasa nak tangkap dua ekor ayam serama ini, boleh bakar.. heheh3

Macam awan karpet...tapi tak seperti karpet.

Selesai memasang khemah, saya dan kakak comel, Kak Rozita turut membantu crew Jejak Borneo menyediakan barang2 memasak. Saya dan Kak. Rozita bukan jenis duduk diam..mesti ada jew benda nak join yang lain buat sesuatu. Heheheh...

Turun padang, join tolong masak nasi.



Bersama Leader Team (Lalan & Aiman)..BBQ.. well saya dengan Kak Rozita join sekali untuk backup.

Menyediakan makan malam. Time ini hujan dan angin dah kurang sedikit.


Melepak sekejap..gara2 mata tak boleh tidur disebabkan suhu yang sejuk. 

minum kopi..panas untuk memanaskan badan yang kesejukkan.

4/2/2024 @ 3am Hari Hiking Maragang Hill 

Team kami terpaksa naik hilux 4x4 dari Campsite pergi ke office Mevoc untuk urusan pendaftaran untuk pendakian Maragang Hill.


Tq to team leader kerana sudi tolong sign jadi sebagai witness untuk pendakian ini.


Checkpoint. Trek Maragang ini adalah kategori sangat santai. 


Sesi bergambar sebelum pendakian bermula.
  
sampai di puncak Maragang Hill, saya dan Kak Rozita yang paling last sampai..sebab kami menghayati suasana malam di dalam hutan. Terima kasih kepada guide yang sudi menemani kami berdua dalam pendakian. Tetapi sayang, time ini kami tidak dapat tengak sangat sunrise disebabkan suasana cuaca yang tidak baik. Hujan dan berkabus.

Suasana yang berkabus.
Sesi bergambar di Maragang Hill.









Trek laluan balik turun.




Selamat sampai di started checkpoint.


Naik 4x4 balik ke Mevoc Office sebelum balik Campsite.

Time ini nak gambar Gunung Kinabalu, tetapi dia malu-malu kucing pula. hehehe..


Berkumpul sebelum berangkat balik ke KK.




InshaAllah..panjang umur, saya join lagi untuk Camping next trip. Rindu dengan suasana yang semulajadi.

Sebelum balik KL, buah limau manis/madu in sudah menjadi kewajipan untuk membeli. Terima kasih pada yang sudi tong membelikan. Sayang awak sgt2 dan byk2. 


Feedback saya daripada trip percutian kali ini..Trip Rare camp ini yang paling best dan menyimpan seribu kenangan pahit dan manis..selain itu..gelak tawa bersama team juga..dimana kita akan diuji dengan serba kekurangan dan disebabkan oleh Hujan dan angin yang kuat daripada awal sampai lah balik. Terima kasih juga buat team dari Jejak Borneo yang sporting dimana saya boleh join sekali dengan diorang untuk setup khemah dan masak. Jujur saya katakan, saya hargai semua pengorbanan team, meluangkan masa yang berguna dan menghayati suasana Camp. 




















No comments:

My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percut...