Tuesday 20 November 2012

PANDUAN UNTUK IBU MENGANDUNG MENJELANG KELAHIRAN

Panduan Dan Amalan Untuk Wanita Mengandung Menurut Islam





Ketika seorang wanita mengandung, dia tetap perlu melaksanakan perintah Allah S.W.T. Dia juga harus beribadat dan melakukan amal soleh walaupun berada dalam keadaan yang memungkinkan diri merasa sakit dan gementar. Menanti kelahiran adalah saat yang amat getir kerana akan menanti kelahiran yang akan dinanti dan beberapa perkara berkaitan seorang lagi insan yang akan lahir di dunia ini dan juga saat untuk menghadapi kesakitan.

Oleh itu, digariskan beberapa amalan yang harus dilakukan oleh ibubapa dan bakal ibu semasa menanti kelahiran yang akan dinanti dan beberapa perkara berkaitan demi untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.


1) Banyakkan Bertaubat


Para wanita sekelian, marilah sama-sama perbanyakkan istighfar (memohon ampun kepada Allah) agar diberi keampunan atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada secara sedar atau sebaliknya. Ini kerana taubat amat penting sebelum kita memperolehi anak dan zuriat yang baru dalam hidup kita. Semoga harapan kita bertaubat akan menjanjikan anak yang soleh setelah dilahirkan.

2) Menutup Aurat

Semua orang Islam diwajibkan menutup aurat sebagaimana yang telah dituntut oleh agama kita. Ini juga sebagai sebahagian daripada cara untuk kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran

Surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan semasa mengandung adalah:

  • Al-Fatihah
  • Yassin
  • Maryam
  • Al-A'raf
  • Ayat Kursi (Al-Baqarah :255)
  • Luqman
  • At-Taubah
  • Yusof  
Doa Yang Digalak Untuk Diamalkan Menjelang Bersalin

1) Surah Al-Anbiya'



"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”."

2) Ayat Kursi




"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"


3) Surah Al-A'raf




"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."


4) Surah Al-Falaq




[1] Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, 
[2] “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [3] “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [4] “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); [5] “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
5) Surah An-Nas




[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. 
[2] “Yang Menguasai sekalian manusia, [3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [4] “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - [5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - [6] “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Doa Perlindungan Untuk Anak (Selesai Bersalin)



"Aku memohon perlindungan dengan kalimah ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat"


Keguguran di Bawah 3 Bulan : Nifas @ Istihadhah

Wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam permasalahan tersebut, adakah ia dikotegerikan sebagai darah nifas @ darah istihadhah?

Berikut adalah sedikit penjelasan:

Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: " Sesungguhnya setiap orang daripada kamu dihimpunkan ciptaannya didalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi A'laqah, seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian dia menjadi Mudhghah, seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian Allah mengutuskan malaikat maka disuruh dengan 4 kalimat.
Dikatakan kepadanya: "Tuliskan amalannya, dan rezekinya dan ajalnya dan duka atau gembira, Kemudian ditiupkan padanya ruh." (Riwayat Al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan wujudnya beberapa peringkat manusia di dalam rahim ibunya iaitu:

  1. Nutfah (air mani ) selama 40 hari
  2. 'Alaqah (seketul darah ) selama 40 hari
  3. Mudghhah (seketul daging) selama 40 hari 
Kemudian ditiup ruh setelah selesai 3 peringkat 40 hari ini, iaitulah selepas 120 hari.

Allah s.w.t. ada berfirman:

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan semula (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada peringkat kejadian manusia) kerana sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian daru sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan," (al-Hajj : 5)

Di dalam ayat di atas Allah s.w.t telah menyifatkan bahawasanya pad aperingkat Mudghah itu akan berlaku dua perkara. Pertama Allah akan menyempurnakan kejadiannya. Ini bermakna kesempurnaan kejadian itu berlaku pada peringkat yang ketiga iaitulah setelah berlalunya 180 hari.

Berdasarkan dalil ini, beberapa ulama berpendapat jika sesuatu keguguran itu berlaku sebelum berlalu 180 hari. Maka darah yang keluar dari wanita adalah darah istihadhah. Jika keguguran itu berlaku antara 80 hari ke 120 hari (hari ditiup ruh) maka dilihat pada janin tersebut adakah wujud padanya sifat manusia seperti tangan, kaki, kepala dan lain-lain. Jika wujud sifat-sifat manusia maka darah yang keluar adalah darah nifas, jika tidak wujud maka darah yang keluar adalah darah istihadhah.

As-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam "Fatawa al-Mar'ah al- Muslimah" menyebut:

"Berkata ahli ilmu: "Jika janin yang keluar itu telah sempurna kejadian insannya, maka darah yang keluar dikira sebagai darah nifas. Boleh ditinggalkan solat, puasa, suaminya tidak boleh besamanya (bersetubuh dengannya) sehingga dia suci. Jika janin yang keluar itu tidak sempurna kejadian insan, maka darah yang keluar tidak dikira sebagai darah nifas, bahkan ianya tidak dikira sebagai darah nifas, bahkan ianya tidak dikira sebagai darah fasad (istihadhah) yang tidak menghalang wanita tersebut daripada solat, puasa dan lain-lain"

Wallahu a'lam

Nasihat Untuk Pesakit:

MUSIBAH TINGKAT DARJAT MUKMIN
  • Bentuk ujian dan musibah yang sering didatangi seperti: kematian orang yang kita sayangi, kebakaran, kehilangan harta benda, bencana alam dan juga sakit.
  • Setiap musibah adalah sunnatullah yang telah ditetapkan, seperti mana firman Allah dalam surah (Al-Anbiya' : 35) "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
  • Setiap cubaan dan ujian Allah tersebut mengandungi hikmah yang tersirat : firman Allah Taala dalam surah (Al-A'raf:168) "Dan' kami menguji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
  • Ujian yang diberikan adalah tanda kasih sayang Maha Pencipta (Allah) kepada hambanya yang (Maha Lemah) Oleh kerana kita hamba yang Sangat Lemah, seharusnyalah kita memaksa diri supaya sentiasa memuji pencipta sekalian alam (Allah) bagi melahirkan kesedaran bahawa masih ada lagi yang Maha Penyayang, dan sayangNya kepada kita tiada tandingan dimana-mana. Rasulullah s.w.a ada bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan, Sesungguhnya. Jika Allah mencintai satu kaum, maka dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah". (Hadis riwayat Tirmizi) Sebahagian daripada nasihat yang berguna dan sesuai untuk dikongsi bersama pesakit:
    1. SENTIASA BERSABAR - Menahan lidah daripada mengeluarkan perkataan marah dan mengawal anggota zahir daripada melakukan perbuatan yang tidak harus menurut kaca mata syara'. Maksu firman Allah Taala (Al-Baqarah:156) "(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa misibah, mereka berkata Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami dikembalikan".
    2. MENGHARAP PAHALA DARIPADA ALLAH - Menjadi kewajipan kepada pesakit mengharapkan pahala daripada Allah dan menyimpan pahala kerana sabar menghadapi penyakit itu di akhirat kelak di dalam neraca kebaikannya. Nabi s.a.w juga bersabda " Tidak ada seorang Islam yang ditimpa musibah seperti penyakit dan selainnya melainkan Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagai mana pokok menggugurkan daunnya".
    3. MENGETAHUI SESUATU BENCANA AKAN TETAP BERLAKU JIKA TELAH DITETAPKAN DEMIKIAN, BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
    4. REDA DENGAN QHADA'
    5. Memaksa diri sendiri dan memujuk nafsu, apa yang menimpa dirinya adalah hasil daripada tangannya sendiri.
    6. Jangan merasakan kesempurnaan itu terlalu lambat dan berbanyakakan mengingati Allah. Memperbanyakkan zikir
Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapatkan anak:

صلى الله لكم مع ولادة هذا الطفل، وكنت شاكرة للخلاص، قد كان الحفاظ على الكبار وتحصل على معاملة أفضل من هذا الطفل

"Tuhan memberkati anda dengan kelahiran anak ini, dan saya bersyukur untuk keselamatan, telah dipelihara pada orang dewasa dan anda mendapat dirawat lebih baik daripada kanak-kanak ini"

Jawapan bagi ucapan tersebut: 

قد تضفي الله بركته عليكم، والاستجابة مع عائد جيد، وكأنك قد أعطيت مكافأة مضاعفة وخاصتك

"semoga Allah melimpahkan berkatnya keatas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau"

TANGGUNGJAWAB IBU-BAPA KE ATAS BAYI

  • Ibu bertanggungjawab - menyusukan bayi
  • Bapa bertanggungjawab - memberi galakan dan menyediakan keperluan untuk ibu.
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (surah al-baqarah: 233)

Doa Ketika Hampir Melahirkan Anak (Bersalin)

اللهم اغفر لي خطاياي، لحقا أنت المستفيد من التوبة لدينا. اللهم لا إله إلا أنت، المجد لك! أنني أنتمي إلى الظالم (لخطاياي).

يا الله، أن تكون مبسطة (القضية) ويمكنك اختبار لا لي مع ضيق في الوجه (المعاملة). نعم تم تبسيط عملية الولادة الله مع القوس

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku kerana sesungguhnya Engkaulah penerima taubat kami. Ya Allah, tiada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yang zalim (kerana dosa-dosaku). 

Ya Allah, permudahkan lah (urusanku) dan jangan engkau menguji aku dengan kesusahan dalam menghadapinya (urusan). Ya Allah permudahkan lah proses kelahiran ini dengan semudah-mudahnya "

Tuesday 24 January 2012

Adat Asal Iban - GAWAI IBAN

Gawai Iban




Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1995.


Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.


Ramai orang akan salah faham antara orang Dayak dengan Iban. Dayak merujuk kepada suku kaum orang-orang ulu iaitu jauh di dalam pendalaman seperti orang Penan, Kayan, Punan, Kelabit dan banyak lagi etinik yang lain. Suku kaum Iban merupakan suku kaum asli di Sarawak atau lebih dikenali dengan nama Borneo's Island bagi orang-orang British.


Antara jenis-jenis Gawai Yang disambut:

Gawai Antu @ Kubur (perayaan untuk roh-roh orang yang dah meninggal @ spirit)
Gawai pantang kampung (menjaga ketenteraman kampung)
Gawai Padi (gawai selepas menuai padi)
Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik)
Gawai Batu (perayaan permulaan musim menanam padi)
Gawai Kenyalang (perayaan untuk pahlawan atau pejuang yang akan pergi berjuang)
Gawai Mangkung Tiang (perayaan semasa membina rumah yang baru)
Gawai Manang (merupakan perayaan untuk mengubat orang sakit atau terkena buatan orang)
Gawai Bersimpan (perayaan kesyukuran selepas menuai)
Gawai Melah Pinang (perayaan perkahwinan)
Gawai Antu
Gawai Antu dikenali juga sebagai Gawai Hantu ia merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia.
Gawai Hantu merupakan perayaan meraikan mereka yang telah meninggal dikalangan Saribas, Iban Krian. Upacaranya termasuk upacara beburong bagi merasmikan , sebelum diikuti dengan pengorbanan ayam atau babi. Ia juga dimeriahkan lagi dengan permainan sabong ayam, persembahan piring dan membaca mentera pengap. Sambutan perayaan ini menjadi amalan tradisi, juga diujudkan oleh suku kaum berdasarkan pegangan hidup yang diwarisi sejak zaman nenek moyang
Tujuan upacara ini adalah bagi mendapatkan bantuan pahlawan nenek moyang yang terkenal tanpa mengira bilakah dia mati. Perayaan Gawai Antu merupakan satu tranformasi yang terakhir mereka ke alam roh.
Selepas selesai perayaan Gawai Antu, pada keesokkan pagi nya, semua masyarakat akan memulakan satu permain asal iaitu main sabung ayam jantan.
 DSC03985
Adat Miring
DSC03896
Antara kesemua adat dalam Gawai ini ada satu persamaan, iaitu adat miring (pemujaan). Adat miring adalah piring yang penuh dengan ketupat dengan makanan yang lain. Adat miring ini penting dimana adat ini merupakan satu tradisi memberi makan kepada roh-roh yang akan membantu (roh nenek moyang). Adat ini dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam sebelum sesuatu perayaan dimulakan.

Gawai Kenyalang
Gawai Burung merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Pada kurun awal, gawai ini merupakan acara majlis pelopor kepada serbuan pemburuan kepala pada Zaman Pahlawan Rentap lagi (Pahlawan Iban) 
Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:
  1. ) Gawai Kalingkang
  2. ) Gawai Sandong
  3. ) Gawai Sawi
  4. ) Gawai Salangking
  5. ) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
  6. ) Gawai Gajah Meram
  7. ) Gawai Meligai
  8. ) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
  9. ) Gawai Gerasi Papa
Bagi setiap peringkat gawai burong, tiang yang dikenali sebagai “tiang chandi” dibina, dengan patung burung kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.
Iban Dayak, Sarawak, Borneo Islands, srecting the Wood Hornbill
Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:
Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;
Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;
Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;
Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok durian dan dibengkokkan seperti pokok sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;
Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;
Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;
Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.
Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.
Iban Dayak, Sarawak, Borneo Islands, protective Pua

Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.



My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percut...