Tuesday 24 January 2012

Adat Asal Iban - GAWAI IBAN

Gawai Iban




Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1995.


Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.


Ramai orang akan salah faham antara orang Dayak dengan Iban. Dayak merujuk kepada suku kaum orang-orang ulu iaitu jauh di dalam pendalaman seperti orang Penan, Kayan, Punan, Kelabit dan banyak lagi etinik yang lain. Suku kaum Iban merupakan suku kaum asli di Sarawak atau lebih dikenali dengan nama Borneo's Island bagi orang-orang British.


Antara jenis-jenis Gawai Yang disambut:

Gawai Antu @ Kubur (perayaan untuk roh-roh orang yang dah meninggal @ spirit)
Gawai pantang kampung (menjaga ketenteraman kampung)
Gawai Padi (gawai selepas menuai padi)
Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik)
Gawai Batu (perayaan permulaan musim menanam padi)
Gawai Kenyalang (perayaan untuk pahlawan atau pejuang yang akan pergi berjuang)
Gawai Mangkung Tiang (perayaan semasa membina rumah yang baru)
Gawai Manang (merupakan perayaan untuk mengubat orang sakit atau terkena buatan orang)
Gawai Bersimpan (perayaan kesyukuran selepas menuai)
Gawai Melah Pinang (perayaan perkahwinan)
Gawai Antu
Gawai Antu dikenali juga sebagai Gawai Hantu ia merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia.
Gawai Hantu merupakan perayaan meraikan mereka yang telah meninggal dikalangan Saribas, Iban Krian. Upacaranya termasuk upacara beburong bagi merasmikan , sebelum diikuti dengan pengorbanan ayam atau babi. Ia juga dimeriahkan lagi dengan permainan sabong ayam, persembahan piring dan membaca mentera pengap. Sambutan perayaan ini menjadi amalan tradisi, juga diujudkan oleh suku kaum berdasarkan pegangan hidup yang diwarisi sejak zaman nenek moyang
Tujuan upacara ini adalah bagi mendapatkan bantuan pahlawan nenek moyang yang terkenal tanpa mengira bilakah dia mati. Perayaan Gawai Antu merupakan satu tranformasi yang terakhir mereka ke alam roh.
Selepas selesai perayaan Gawai Antu, pada keesokkan pagi nya, semua masyarakat akan memulakan satu permain asal iaitu main sabung ayam jantan.
 DSC03985
Adat Miring
DSC03896
Antara kesemua adat dalam Gawai ini ada satu persamaan, iaitu adat miring (pemujaan). Adat miring adalah piring yang penuh dengan ketupat dengan makanan yang lain. Adat miring ini penting dimana adat ini merupakan satu tradisi memberi makan kepada roh-roh yang akan membantu (roh nenek moyang). Adat ini dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam sebelum sesuatu perayaan dimulakan.

Gawai Kenyalang
Gawai Burung merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Pada kurun awal, gawai ini merupakan acara majlis pelopor kepada serbuan pemburuan kepala pada Zaman Pahlawan Rentap lagi (Pahlawan Iban) 
Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:
  1. ) Gawai Kalingkang
  2. ) Gawai Sandong
  3. ) Gawai Sawi
  4. ) Gawai Salangking
  5. ) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
  6. ) Gawai Gajah Meram
  7. ) Gawai Meligai
  8. ) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
  9. ) Gawai Gerasi Papa
Bagi setiap peringkat gawai burong, tiang yang dikenali sebagai “tiang chandi” dibina, dengan patung burung kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.
Iban Dayak, Sarawak, Borneo Islands, srecting the Wood Hornbill
Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:
Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;
Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;
Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;
Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok durian dan dibengkokkan seperti pokok sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;
Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;
Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;
Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.
Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.
Iban Dayak, Sarawak, Borneo Islands, protective Pua

Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.



No comments:

My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percut...