IMPIAN YANG TIDAK TERTUNAI.
Impian...apa itu impian? Bagi ku impian itu ibaratkan
sebuah mimpi sebab impian itu susah hendak dicapai ibaratkan sebutir bintang
yang tinggal jauh nun di angkasa. Setiap manusia mesti ada impian, yelah impian
ini kadang-kadang susah hendak menjadi nyata. Kalau menjadi nyata, itu kira
rezeki allah bagi. Boleh dikatakan seperti kisah dogeng dahulu kala.
Apa impian saya? Hermm ibas balik kisah zaman kanak-kanak
pada 20 tahun yang lalu. 20 tahun, alahai terlalu lamanya tetapi macam baru
semalam jew berlaku. Dulu impian saya ...ala..dah tak ingat pula..hehhe... tak
pew2...sekejap nak ingat balik kisah dongeng atau kisah pari-pari. Kisah sesuai
buat untuk kanak-kanak sahaja kerana saya lebih suka dunia kanak-kanak yang
penuh dengan kisah dogeng.
Oh yea baru ingat, kisah dogeng saya ini memang kelakar
dan memang susah hendak capai. Dulu zaman kanak-kanak ku penuh dengan segala
peraturan sampaikan diri sendiri terlalu jauh dari segala pergaulan yang tidak
munasabah. Hahahha mana taknya...mak saya lah puncanya, bukan nak marah atau
maki mak...tetapi hanya berkongsi sahaja.
Nama mak saya Roselind anak kam, ayah pula adil anak
paing, saya serina dabah anak adil (nama
sebelum tukar agama). Tiap-tiap kali tulis nama dalam kertas exam, saya akan tulis
nama saya “ serina dabah adil” apa lagi satu kelas termasuk cikgu pun rasa
macam hendak tergelak...kadang-kadang saya sendiri pun terikut turut gelak
bersama, dalam masa yang sama ada seorang cikgu cakap “ unik nama kamu”. Hahahha...memang
unik.
Emak saya memang garang dan tegas. Garang ayah tetapi
garang lagi emak. Mana taknya salah sikit atau gagal sikit dalam exam alamatnya
rotan sudah sedia menanti. Ayah pula kedekut sangat-sangat. Tetapi mereka
tetapi menyanyi saya walaupun mereka sering bergaduh antara satu sama lain. Mana
taknya kesalahan kecil yang berpunca dari saya sendiri.
Emak selalu ajar saya dengan sebatang rotan. Bukan bermaksud
tak sayang tetapi kasih sayang dia berpandukan dengan sebatang rotan sebabnya
saya memang seorang degil dan tak dengar kata. Saya akan degil dan tak dengar
kata bila saya nak ambil perhatian. Emak selalu cakap, walau susah mana
sekalipun, hidup mesti diteruskan dan berusaha keras.
Sejak dari taska sampailah sekolah menengah emak saya
akan hantar ke sekolah setiap kali melaporkan diri di sekolah. Dia bukan hantar
setakat sampai pintu gate seperti mana ibubapa kawan-kawan atau sepupu yang
lain. Tetapi dia akan bawa saya jumpa guru besar atau pengetua sekali. Masa ini
memang naik geram pun ada, marah pun ada juga...tetapi tak tahu pula saya boleh
mengikut sahaja. Hendak tahu taka pa yang emak saya bagitu pada guru besar atau
pengetua...ermm.. boleh emak cakap “ Puan, tolong tengok-tengokkan anak saya ini,
kalau ada buat salah, pukul saja. Kalau kerja sekolah tak siap, denda saje”
alamak..memang habislah hidup saya kalau dah macam ini. Pengetua kata “ saya
terkejut dengan emak serina, kerana tidak pernah pun ibubapa pelajar-pelajar
lain jupe saya untuk menghukum anak mereka jika buat salah.” Saya fikir biar
betul...
Peraturan hidup saya bukan hanya bergantung pada ibubapa
saya, tetapi saya akan pilih jalan tengah. Hehehhe itulah saya yang penuh dengan
kenakalan dan kedegilan. Emak akan risau sangat bila saya kena demam panas yang
teruk, mana tak nya kena demam panas teruk sebulan sekali dari kecil dulu. Masa
saya demam, emak selalu masak makanan rebus untuk saya. Dia kata “ masa sakit
kena pantang, nanti cepat sihat”. Nak tahu tak, emak saya masak apa...iaitu
ikan bilis rebus, ayam kampung rebus tetapi masakan ini bukan sahaja masak
dengan periuk tetapi masak dalam buluh pun ada. Tiap-tiap kali kena demam
panas, mesti emak saya akan masak masakan kegemaran saya iaitu masak dalam
buluh. Ayah pula akan berusaha mencari makanan kegemaran saya. Hendak tahu tak apa makanan kegemaran
saya, iaitu udang galah, ikan baung (ikan macam keli tapi warna biru), katak.
Setiap cuti sekolah bermula, aktiviti memang dah tersedia
iaitu pergi ke ladang kebun lada hitam, ladang getah dan sawah (padi huma =padi
bukit). Pukul 4 pagi sampai pukul 7 pagi
pergi toreh getah selepas itu baru pergi ladang lada hitam atau sawah. Selain kerja
itu, ayah akan mengajak pergi balak kayu. Pengalaman hidup susah untuk
kesenangan hidup memang unik dan menarik.
pohon lada hitam
padi huma = padi bukit
Berbalik pada impian tadi, emak nak saya jadi seorang doktor
manakala ayah nak saya jadi doktor haiwan. Kegembiran mereka bertambah bila
tahu saya masuk aliran sains tulin. Mata pelajaran semua subjek sains. Saya jadi
terharu bila melihat air mata kedua ibubapa saya mengalir laju. Bila saya tidak
dapat menguasai subjek sains, saya pergi jumpa pengetua sebab nak tukar aliran
iaitu aliran sastera. Huuhu masa ini memang sedih juga sebab tidak dapat tukar
aliran. Pengetua kata “ kamu tidak boleh tukar aliran, kamu tahu tak ramai yang
nak masuk aliran sains tulin tetapi tidak dapat tetapi kamu dah dapat. Tak kan
kamu nak mengecewakan hati ibubapa kamu. Mereka mengharapkan kamu dapat masuk
aliran sains tulin. Kamu nak punahkan harapan mereka.?” Akhir sekali teruskan lah aliran sains tulin
tu sampai habis.
Kebanyakan kawan –kawan saya di sekolah adalah lelaki. Ini
bukan bermakna saya tomboy tetapi kebanyakan mereka adalah sepupu saya mahupun
jauh ataupun dekat. Hahaha sehingga kan gaya rambut pun terikut macam mereka. Kawan
perempuan, boleh dikira dengan jari jew. Di sekolah, cikgu-cikgu lain memang
tidak dapat nak marah saya sebab kebanyakan cikgu di sekolah itu merupakan
saudara saya juga. Salah atau tidak, memang saya tidak kena displin di sekolah
tetapi saya akan kena displin di rumah. Guru displin di rumah semestinya emak
saya dan ayah saya sebagai hakim yang boleh mendengar segala tuduhan dan
menjadi pendengar setia pada emak saya. Kalau tidak ribut taufan melanda jika
salah seorang membela saya. Belum sempat saya mengakui kesalahan, rotan sudah
sedia menunggu saya. Bila masa saja boleh hinggap dekat badan saya.
Emak tidak akan mendengar kata-kata jika benda itu betul
atau salah, memang rotan dijadikan sebagai upah yang paling lumayan. Saya masih
ingat lagi kata-kata emak dan ayah. Emak kata “ walau apa pun orang kata sama
ada betul atau salah, kamu tetap teruskan hidup dan bersemangat. Jangan dengar
kata-kata orang lain yang suka menuduh atau mengumpat, gigit gigi dan jangan
bersahut-sahutan tetapi tetap terus bersemangat. Ayah pula tetap menyokong
saya.
Ayah saya lebih banyak berdiam dari bercakap. Tetapi kasih
sayang akan terserlah jika saya akan mengikuti dan menolong dia bekerja. Bila kita
mengikuti segala apa yang mereka nak, dari situ kita akan dapat melihat kasih
sayang sebuah keluarga.kenapa saya kata macam itu, kerana tanpa mereka,
siapalah kita pada masa kini. Saya tidak pernah malu dan tidak mengakui mereka
sebagai ibubapa saya, kerana bagi saya teguran dan displin yang mereka ajar
merupakan kebaikan pada saya bila saya mulai hidup keseorangan tanpa mereka.
Bila difikir balik, saya memang serba berkebolehan. Hehehe
bukan nak meninggi hidung tetapi berkongsi. Nak tahu apa yang ibubapa saya ajar
pada saya dulu. Emak saya akan menyuruh saya melakukan kerja-kerja orang
perempuan manakala ayah sebaliknya, kerja lelaki. Ok biar saya cerita
kisah-kisahnya.
Ada tak sesiapa pernah buat kerja-kerja ladang. Tahu tak
macam mana nak tanam lada hitam dan padi huma? Tak pew lain kali saya akan
cerita. Bagaimana dengan pembalakan kayu kayan? Emak saya selalu ajar bagaimana
nak uruskan ladang dan menjual hasilnya di bandar manakala ayah saya selalu
ajar, bagaimana nak balak kayu, menyabung ayam, berburu di hutan tebal (pegang
senapang), merawat binatang-binatang yang luka atau sakit. Selain itu, ayah
akan ajar bagaimana nak buah sebuah rumah batu, macam mana nak plaster semen,
pilih batu yang sesuai (contructor binaan) hahaha yang paling penting masa tu,
saya jadi mandur ayah saya. Kalau balak kayu pula bukan setakat potong kayu jew
tetapi kena tahu saiz kayu berapa yang sesuai, jenis kayu pun penting juga. Oh
yea, saya pernah jaga tandas awam, membersihkan kawasan pekan seperti cuci
longkang, kutip sampah sarap di sekitar pekan. Mula-mula memang malu, tetapi
bila difikirkan memang menyoronokkan. Mungkin hidup dalam kesusahan banyak
mengajar erti sebuah kehidupan. Dari semua itu,mengajar saya dan mendidik saya
supaya bersyukur dengan apa yang diperolehi dan sehingga kini saya masih
mengingati semuanya bila dalam kesedihan atau kebuntuan.
Pada 2005, semuanya berkecai dan punah seperti kaca yang
terhempas atas batu retak pecah. Impian mereka punah tetapi bukan kesalahan
saya tetapi emak saya meninggal dunia bila saya hendak menduduki exam SPM. Emak
meninggalkan kami awal tahun sebelum saya sempat menduduki exam. Selama 2 bulan
saya meninggalkan kelas dan terus bermurung keseorangan di rumah. Kehidupan
yang riuh rendah dengan gelak ketawa kami sekeluarga bagaikan tidak pernah
wujud. Masih merah lagi tanah kubur emak, ayah telah berkahwin lain, dengan
alasan ada orang boleh menjaga dia dan kami beradik. Genap sebulan kahwin dengan emak tiri, segala
keperluan anak –anak dia terabai begitu sahaja.
Emak tiri....ermmm...susah nak cerita. Saya bukan marah
dengan ayah kahwin lagi tetapi marah sebab terlalu awal sangat sehingga saya
masih tidak bersedia lagi menerima seorang emak tiri. Kakak dan adik panggil
dia sebagai emak tetapi bukan bagi saya dan saya tidak pernah panggil dia atau
mengakui dia sebagai emak.
Bab emak tiri kita lupakan, berbalik kepada topik asal
kita tadi. Selepas dua bulan tidak menghadiri kelas, saya banyak ketinggalan
dalam pembelajaran. Pujukan dan rayuan yang dibuat oleh cikgu-cikgu sekolah dan
keluarga nenek sebelah emak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk
menyambungkan pelajaran sehingga habis. Keputusan SPM memang mendapat keputusan
yang memuaskan sahaja. Tetapi masa
mengambil keputusan exam SPM memang menyedihkan kerana emak tiada disamping
mengambil keputusan. Masa exam PMR dulu, saya terkejut sebab emak balik ke
rumah terus menangis serta memeluk saya
sambil itu mencium sekuat mana dia mahu. Nak tahu kenapa tak? Sebab saya
dapat keputusan yang cemerlang dalam exam penting. Sebab setiap kali dapat
keputusan exam tahunan, emak saya orang pertama pergi jumpa guru kelas untuk
mengambil buku laporan sekolah dan jika ada subjek gagal atau hanya memuaskan,
rotan sudah sedia dan telinga mestilah tebal untuk mendengar segala ceramah
yang disampaikan.
Masa SPM dan masa mendapat diploma merupakan hari yang
menyedihkan dan terharu. Semua orang ada emak dan ayah ikut tengok sekali. Tetapi
saya kosong. Impian mereka nak saya menjadi doktor punah kerana fikirkan
tagungan yang terlalu banyak jika menymbungkan pelajaran dalam kedoktoran. Lepas
ayah berkahwin, dia tidak pernah memberi nafkah pada saya. Jika minta belanja
mesti akan bergaduh dengan emak tiri sehinggakan saya mengambil keputusan
sendiri dan berbincang dengan ayah berseorangan tanpa diketahui emak tiri untuk
menyambung pelajaran dalam diploma kejururawatan. Akhirnya keputusan yang
menggembirakan walaupun saya tahu suatu hari nanti emak tiri akan mengetahui
juga.
Di peringkat kolej, selama 3 tahun saya tidak pernah
meminta wang belanja dari ayah kerana saya tahu, setiap kali minta tolong dari
ayah, emak tiri akan bergaduh dengan ayah. Daripada mengelak benda itu berlaku,
saya berusaha di mana melakukan kerja part-time. Duit PTPTN memang tidak cukup
kerana duit makan, duit nota, duit alatan tulis banyak digunakan. Hehehe...bila
ingat balik, rasa sungguh membuatkan lebih lega sebab boleh berdiri di kaki
sendiri sekarang ini.
Impian tidak tertunai kedua ibubapa saya adalah menjadi
doktor dan doktor haiwan. Saya sungguh gembira juga sebab saya masih lagi
menunaikan hasrat mereka iaitu kerja di
hospital. Kerja jururawat juga tidak ada bezanya dengan doktor iaitu merawat
dan menjaga orang sakit. Bezanya hanya ilmu sahaja dan pangkat iaitu, doktor
ilmu dia tinggi manakala jururawat hanya membantu doktor kata orang-orang tua. Tetapi
bagi saya tidak, kerana bukan semua
doktor pandai manakala jururawat pula boleh menandingi seorang doktor jika dia
berpelajaran atau berilmu. Jadi impian mereka untuk menjadi doktor tidak
kesampaian tetapi niat mereka untuk merawat orang sakit tetap tercapai juga
walaupun bukan doktor. Saya tidak menyesal memilih jururawat sebagai kerjaya
hidup saya kerana saya tahu kedua ibubapa saya tetap bangga dengan saya. Nak tahu
kenapa? Sebab saya anak mereka.
doktor hanyalah impian yang tidak tertunai.(korean movies)
inilah saya sekarang sebagai seorang jururawat
Ya Allah, saya berdoa dan memohon padaMu, tempatkan
mereka di tempat yang jauh dari neraka. Walaupun saya tahu segala dosa-dosa
yang mereka lakukan dulu hanya bertujuan untuk membesarkan saya. Saya bersyukur
kerana berada dalam kasih sayang mereka. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa
kedua ibubapa saya. Andai masa boleh diputar balik semula, saya akan terus
menyayangi dan menjaga mereka ke akhir hayat saya. Kini saya tahu, emak ayah
sudah tiada di dunia tetapi mereka tetap ada di hati ini dengan kasih
sayang ya allah. Terima kasih ya Allah
kerana Engkau tidak pernah padamkan segala kenangan hidup lalu bersama mereka
bahkan menjadi peneman bila dalam kerunsingan dan keseorang. Amin..
ini keadaan bila saya keseorangan atau sepi tanpa family.
TAMAT