Tuesday, 29 April 2014

IMPIAN YANG TIDAK TERTUNAI.

IMPIAN YANG TIDAK TERTUNAI.

Impian...apa itu impian? Bagi ku impian itu ibaratkan sebuah mimpi sebab impian itu susah hendak dicapai ibaratkan sebutir bintang yang tinggal jauh nun di angkasa. Setiap manusia mesti ada impian, yelah impian ini kadang-kadang susah hendak menjadi nyata. Kalau menjadi nyata, itu kira rezeki allah bagi. Boleh dikatakan seperti kisah dogeng dahulu kala.
Apa impian saya? Hermm ibas balik kisah zaman kanak-kanak pada 20 tahun yang lalu. 20 tahun, alahai terlalu lamanya tetapi macam baru semalam jew berlaku. Dulu impian saya ...ala..dah tak ingat pula..hehhe... tak pew2...sekejap nak ingat balik kisah dongeng atau kisah pari-pari. Kisah sesuai buat untuk kanak-kanak sahaja kerana saya lebih suka dunia kanak-kanak yang penuh dengan kisah dogeng.

Oh yea baru ingat, kisah dogeng saya ini memang kelakar dan memang susah hendak capai. Dulu zaman kanak-kanak ku penuh dengan segala peraturan sampaikan diri sendiri terlalu jauh dari segala pergaulan yang tidak munasabah. Hahahha mana taknya...mak saya lah puncanya, bukan nak marah atau maki mak...tetapi hanya berkongsi sahaja.

Nama mak saya Roselind anak kam, ayah pula adil anak paing, saya  serina dabah anak adil (nama sebelum tukar agama). Tiap-tiap kali tulis nama dalam kertas exam, saya akan tulis nama saya “ serina dabah adil” apa lagi satu kelas termasuk cikgu pun rasa macam hendak tergelak...kadang-kadang saya sendiri pun terikut turut gelak bersama, dalam masa yang sama ada seorang cikgu cakap “ unik nama kamu”. Hahahha...memang unik.

Emak saya memang garang dan tegas. Garang ayah tetapi garang lagi emak. Mana taknya salah sikit atau gagal sikit dalam exam alamatnya rotan sudah sedia menanti. Ayah pula kedekut sangat-sangat. Tetapi mereka tetapi menyanyi saya walaupun mereka sering bergaduh antara satu sama lain. Mana taknya kesalahan kecil yang berpunca dari saya sendiri.

Emak selalu ajar saya dengan sebatang rotan. Bukan bermaksud tak sayang tetapi kasih sayang dia berpandukan dengan sebatang rotan sebabnya saya memang seorang degil dan tak dengar kata. Saya akan degil dan tak dengar kata bila saya nak ambil perhatian. Emak selalu cakap, walau susah mana sekalipun, hidup mesti diteruskan dan berusaha keras.

Sejak dari taska sampailah sekolah menengah emak saya akan hantar ke sekolah setiap kali melaporkan diri di sekolah. Dia bukan hantar setakat sampai pintu gate seperti mana ibubapa kawan-kawan atau sepupu yang lain. Tetapi dia akan bawa saya jumpa guru besar atau pengetua sekali. Masa ini memang naik geram pun ada, marah pun ada juga...tetapi tak tahu pula saya boleh mengikut sahaja. Hendak tahu taka pa yang emak saya bagitu pada guru besar atau pengetua...ermm.. boleh emak cakap “ Puan, tolong tengok-tengokkan anak saya ini, kalau ada buat salah, pukul saja. Kalau kerja sekolah tak siap, denda saje” alamak..memang habislah hidup saya kalau dah macam ini. Pengetua kata “ saya terkejut dengan emak serina, kerana tidak pernah pun ibubapa pelajar-pelajar lain jupe saya untuk menghukum anak mereka jika buat salah.” Saya fikir biar betul...

Peraturan hidup saya bukan hanya bergantung pada ibubapa saya, tetapi saya akan pilih jalan tengah. Hehehhe itulah saya yang penuh dengan kenakalan dan kedegilan. Emak akan risau sangat bila saya kena demam panas yang teruk, mana tak nya kena demam panas teruk sebulan sekali dari kecil dulu. Masa saya demam, emak selalu masak makanan rebus untuk saya. Dia kata “ masa sakit kena pantang, nanti cepat sihat”. Nak tahu tak, emak saya masak apa...iaitu ikan bilis rebus, ayam kampung rebus tetapi masakan ini bukan sahaja masak dengan periuk tetapi masak dalam buluh pun ada. Tiap-tiap kali kena demam panas, mesti emak saya akan masak masakan kegemaran saya iaitu masak dalam buluh. Ayah pula akan berusaha mencari makanan kegemaran  saya. Hendak tahu tak apa makanan kegemaran saya, iaitu udang galah, ikan baung (ikan macam keli tapi warna biru), katak.

Setiap cuti sekolah bermula, aktiviti memang dah tersedia iaitu pergi ke ladang kebun lada hitam, ladang getah dan sawah (padi huma =padi bukit). Pukul  4 pagi sampai pukul 7 pagi pergi toreh getah selepas itu baru pergi ladang lada hitam atau sawah. Selain kerja itu, ayah akan mengajak pergi balak kayu. Pengalaman hidup susah untuk kesenangan hidup memang unik dan menarik.


pohon lada hitam


padi huma = padi bukit



Berbalik pada impian tadi, emak nak saya jadi seorang doktor manakala ayah nak saya jadi doktor haiwan. Kegembiran mereka bertambah bila tahu saya masuk aliran sains tulin. Mata pelajaran semua subjek sains. Saya jadi terharu bila melihat air mata kedua ibubapa saya mengalir laju. Bila saya tidak dapat menguasai subjek sains, saya pergi jumpa pengetua sebab nak tukar aliran iaitu aliran sastera. Huuhu masa ini memang sedih juga sebab tidak dapat tukar aliran. Pengetua kata “ kamu tidak boleh tukar aliran, kamu tahu tak ramai yang nak masuk aliran sains tulin tetapi tidak dapat tetapi kamu dah dapat. Tak kan kamu nak mengecewakan hati ibubapa kamu. Mereka mengharapkan kamu dapat masuk aliran sains tulin. Kamu nak punahkan harapan mereka.?”  Akhir sekali teruskan lah aliran sains tulin tu sampai habis.

Kebanyakan kawan –kawan saya di sekolah adalah lelaki. Ini bukan bermakna saya tomboy tetapi kebanyakan mereka adalah sepupu saya mahupun jauh ataupun dekat. Hahaha sehingga kan gaya rambut pun terikut macam mereka. Kawan perempuan, boleh dikira dengan jari jew. Di sekolah, cikgu-cikgu lain memang tidak dapat nak marah saya sebab kebanyakan cikgu di sekolah itu merupakan saudara saya juga. Salah atau tidak, memang saya tidak kena displin di sekolah tetapi saya akan kena displin di rumah. Guru displin di rumah semestinya emak saya dan ayah saya sebagai hakim yang boleh mendengar segala tuduhan dan menjadi pendengar setia pada emak saya. Kalau tidak ribut taufan melanda jika salah seorang membela saya. Belum sempat saya mengakui kesalahan, rotan sudah sedia menunggu saya. Bila masa saja boleh hinggap dekat badan saya.



Emak tidak akan mendengar kata-kata jika benda itu betul atau salah, memang rotan dijadikan sebagai upah yang paling lumayan. Saya masih ingat lagi kata-kata emak dan ayah. Emak kata “ walau apa pun orang kata sama ada betul atau salah, kamu tetap teruskan hidup dan bersemangat. Jangan dengar kata-kata orang lain yang suka menuduh atau mengumpat, gigit gigi dan jangan bersahut-sahutan tetapi tetap terus bersemangat. Ayah pula tetap menyokong saya.

Ayah saya lebih banyak berdiam dari bercakap. Tetapi kasih sayang akan terserlah jika saya akan mengikuti dan menolong dia bekerja. Bila kita mengikuti segala apa yang mereka nak, dari situ kita akan dapat melihat kasih sayang sebuah keluarga.kenapa saya kata macam itu, kerana tanpa mereka, siapalah kita pada masa kini. Saya tidak pernah malu dan tidak mengakui mereka sebagai ibubapa saya, kerana bagi saya teguran dan displin yang mereka ajar merupakan kebaikan pada saya bila saya mulai hidup keseorangan tanpa mereka.

Bila difikir balik, saya memang serba berkebolehan. Hehehe bukan nak meninggi hidung tetapi berkongsi. Nak tahu apa yang ibubapa saya ajar pada saya dulu. Emak saya akan menyuruh saya melakukan kerja-kerja orang perempuan manakala ayah sebaliknya, kerja lelaki. Ok biar saya cerita kisah-kisahnya.

Ada tak sesiapa pernah buat kerja-kerja ladang. Tahu tak macam mana nak tanam lada hitam dan padi huma? Tak pew lain kali saya akan cerita. Bagaimana dengan pembalakan kayu kayan? Emak saya selalu ajar bagaimana nak uruskan ladang dan menjual hasilnya di bandar manakala ayah saya selalu ajar, bagaimana nak balak kayu, menyabung ayam, berburu di hutan tebal (pegang senapang), merawat binatang-binatang yang luka atau sakit. Selain itu, ayah akan ajar bagaimana nak buah sebuah rumah batu, macam mana nak plaster semen, pilih batu yang sesuai (contructor binaan) hahaha yang paling penting masa tu, saya jadi mandur ayah saya. Kalau balak kayu pula bukan setakat potong kayu jew tetapi kena tahu saiz kayu berapa yang sesuai, jenis kayu pun penting juga. Oh yea, saya pernah jaga tandas awam, membersihkan kawasan pekan seperti cuci longkang, kutip sampah sarap di sekitar pekan. Mula-mula memang malu, tetapi bila difikirkan memang menyoronokkan. Mungkin hidup dalam kesusahan banyak mengajar erti sebuah kehidupan. Dari semua itu,mengajar saya dan mendidik saya supaya bersyukur dengan apa yang diperolehi dan sehingga kini saya masih mengingati semuanya bila dalam kesedihan atau kebuntuan.

Pada 2005, semuanya berkecai dan punah seperti kaca yang terhempas atas batu retak pecah. Impian mereka punah tetapi bukan kesalahan saya tetapi emak saya meninggal dunia bila saya hendak menduduki exam SPM. Emak meninggalkan kami awal tahun sebelum saya sempat menduduki exam. Selama 2 bulan saya meninggalkan kelas dan terus bermurung keseorangan di rumah. Kehidupan yang riuh rendah dengan gelak ketawa kami sekeluarga bagaikan tidak pernah wujud. Masih merah lagi tanah kubur emak, ayah telah berkahwin lain, dengan alasan ada orang boleh menjaga dia dan kami beradik.  Genap sebulan kahwin dengan emak tiri, segala keperluan anak –anak dia terabai begitu sahaja.

Emak tiri....ermmm...susah nak cerita. Saya bukan marah dengan ayah kahwin lagi tetapi marah sebab terlalu awal sangat sehingga saya masih tidak bersedia lagi menerima seorang emak tiri. Kakak dan adik panggil dia sebagai emak tetapi bukan bagi saya dan saya tidak pernah panggil dia atau mengakui dia sebagai emak.

Bab emak tiri kita lupakan, berbalik kepada topik asal kita tadi. Selepas dua bulan tidak menghadiri kelas, saya banyak ketinggalan dalam pembelajaran. Pujukan dan rayuan yang dibuat oleh cikgu-cikgu sekolah dan keluarga nenek sebelah emak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambungkan pelajaran sehingga habis. Keputusan SPM memang mendapat keputusan yang memuaskan sahaja. Tetapi  masa mengambil keputusan exam SPM memang menyedihkan kerana emak tiada disamping mengambil keputusan. Masa exam PMR dulu, saya terkejut sebab emak balik ke rumah terus menangis serta memeluk saya  sambil itu mencium sekuat mana dia mahu. Nak tahu kenapa tak? Sebab saya dapat keputusan yang cemerlang dalam exam penting. Sebab setiap kali dapat keputusan exam tahunan, emak saya orang pertama pergi jumpa guru kelas untuk mengambil buku laporan sekolah dan jika ada subjek gagal atau hanya memuaskan, rotan sudah sedia dan telinga mestilah tebal untuk mendengar segala ceramah yang disampaikan.

Masa SPM dan masa mendapat diploma merupakan hari yang menyedihkan dan terharu. Semua orang ada emak dan ayah ikut tengok sekali. Tetapi saya kosong. Impian mereka nak saya menjadi doktor punah kerana fikirkan tagungan yang terlalu banyak jika menymbungkan pelajaran dalam kedoktoran. Lepas ayah berkahwin, dia tidak pernah memberi nafkah pada saya. Jika minta belanja mesti akan bergaduh dengan emak tiri sehinggakan saya mengambil keputusan sendiri dan berbincang dengan ayah berseorangan tanpa diketahui emak tiri untuk menyambung pelajaran dalam diploma kejururawatan. Akhirnya keputusan yang menggembirakan walaupun saya tahu suatu hari nanti emak tiri akan mengetahui juga.

Di peringkat kolej, selama 3 tahun saya tidak pernah meminta wang belanja dari ayah kerana saya tahu, setiap kali minta tolong dari ayah, emak tiri akan bergaduh dengan ayah. Daripada mengelak benda itu berlaku, saya berusaha di mana melakukan kerja part-time. Duit PTPTN memang tidak cukup kerana duit makan, duit nota, duit alatan tulis banyak digunakan. Hehehe...bila ingat balik, rasa sungguh membuatkan lebih lega sebab boleh berdiri di kaki sendiri sekarang ini.

Impian tidak tertunai kedua ibubapa saya adalah menjadi doktor dan doktor haiwan. Saya sungguh gembira juga sebab saya masih lagi menunaikan hasrat mereka  iaitu kerja di hospital. Kerja jururawat juga tidak ada bezanya dengan doktor iaitu merawat dan menjaga orang sakit. Bezanya hanya ilmu sahaja dan pangkat iaitu, doktor ilmu dia tinggi manakala jururawat hanya membantu doktor kata orang-orang tua. Tetapi bagi saya tidak, kerana  bukan semua doktor pandai manakala jururawat pula boleh menandingi seorang doktor jika dia berpelajaran atau berilmu. Jadi impian mereka untuk menjadi doktor tidak kesampaian tetapi niat mereka untuk merawat orang sakit tetap tercapai juga walaupun bukan doktor. Saya tidak menyesal memilih jururawat sebagai kerjaya hidup saya kerana saya tahu kedua ibubapa saya tetap bangga dengan saya. Nak tahu kenapa? Sebab saya anak mereka.

doktor hanyalah impian yang tidak tertunai.(korean movies)

inilah saya sekarang sebagai seorang jururawat


Ya Allah, saya berdoa dan memohon padaMu, tempatkan mereka di tempat yang jauh dari neraka. Walaupun saya tahu segala dosa-dosa yang mereka lakukan dulu hanya bertujuan untuk membesarkan saya. Saya bersyukur kerana berada dalam kasih sayang mereka. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kedua ibubapa saya. Andai masa boleh diputar balik semula, saya akan terus menyayangi dan menjaga mereka ke akhir hayat saya. Kini saya tahu, emak ayah sudah tiada di dunia tetapi mereka tetap ada di hati ini dengan kasih sayang  ya allah. Terima kasih ya Allah kerana Engkau tidak pernah padamkan segala kenangan hidup lalu bersama mereka bahkan menjadi peneman bila dalam kerunsingan dan keseorang. Amin..

ini keadaan bila saya keseorangan atau sepi tanpa family. 




TAMAT

No comments:

My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percut...