Cinta Seorang Anak
Terhadap Seorang Ayah
Dari kecil ku sentiasa
di bawah ketiak ayah ku. Ku lebih banyak berkongsi masalah dengan ayahku, kerna
hanya ayah seorang yang lebih memahamiku berbanding ibuku. Ayahku sentiasa
gagah untuk mencari rezeki hanya untuk anak-anak dia yang masih kecil. Walaupun
ayah tiada lagi, tetapi segala kenangan dengan dia sentiasa bermain di dalam
fikiran bila ku dalam kesedihan, kesepian, menghadapi segala masalah..kerna
hanya dia tempatku mengadu.
Ayah, andai masa boleh
diputarkan balik, ingin sekali ku memelukmu serat-eratnya dan tak akan ku
lepaskan walaupun sesaat. Ayah, andai masa boleh diputarkan, maka ku sanggup
menjadi ganti. Kini ku cukup menyesal sangat-sangat kerana ku tidak
memperdulikan mu dulu semasa dirimu menyuruhku pulang ke pangkuanmu. Ku cukup
terseksa, walaupun telah mendapat kerjaya yang baik tetapi semua itu tidak
memberikan ku apa-apa makna.
Kalau dulu ada handphone
canggih atau ada kamera ingin sekali ku mengambil gambar bersamamu untuk
dijadikan sebagai kenangan. Tapi semua itu, bukan seperti sekarang. Dulu ku tak
mampu bahkan ayah pun tak mampu untuk membelinya. Ayah selalu berpesan jaga
adik dan kakak, adikmu masih mentah, panas baran…kakak pula cacat…bila ayah
sudah tiada nanti maka kamu yang lebih cerdik dari mereka tolong tengokkan
mereka.
Ayah kini ku terlalu
merindui diri mu ayah bila ada kawan-kawan
gembira bersama dengan ayah mereka. Dulu semasa ibu marahkan ku dengan
teruknya, ayah sanggup berlawan tekak dengan ibu semata-mata hendak
mempertahanku dari kena pukul. Ayah, andai dirimu ada sekarang ingin sekali ku
berkongsi segala masalahku denganmu. Kini ku tahu semua itu tak akan pernah
berlaku lagi.
Dulu bila ku bersedih
atau menangis kerana kena pukul ibu, ayah selalu mengajakku untuk mengikutnya
pergi berburu, membalak, memukat, pergi kebun, pergi padi huma serta mencari
rezeki bila kewangan sudah kehabisan. Dulu dirimu tidak pernah mengeluh bila
kita sekeluarga makan kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
Kini semua itu hanyalah
kenangan bersamamu. Ku tahu bila dirimu marah, ku akan terus diam atau akan
membantu dirimu dalam melakukan kerja. Dulu dirimu dihina kerana mencuci
longkang parit kutip sampah di sebuah pekan, ku tidak pernah berasa malu dengan
semua itu bahkan membantu sekali kerana ayah mencari rezeki buat kami semua. Semasa
belajar, ku sanggup tidak meminta wang kerana ku tahu ayah penat bila mencari
rezeki. Gaji yang tak seberapa masih tidak mampu menanggung perbelanjaan
perlajaran ku. Semasa kehabisan wang, ku juga tidak memberitahumu ayah kerana
ku faham keadaan ayah..bahkan masa itu, saya belajar sambil bekerja tetapi ku
mendiamkannya kerana tahu ayah akan marah.
Semasa ku convet, ku
memberitahu ayah, ayah terus tak nak bertegur sapa bahkan bila telepon, ayah
tak nak bercakap..selama sebulan ayah mendiamkan diri. Selepas itu, ku tidak
pernah putus asa untuk menelepon ayah untuk memohon kemaafan atas segala
perbuatanku. Tetapi ayah tidak pernah marah bahkan ayah menyuruhku balik ke kampung.
Ayah menangis meneleponku, ku pun turut sekali menangis kerana ku masih tidak
mampu untuk membeli tiket flight untuk balik, masa tu ayah sempat berpesan bila
dah kerja jangan sesekali lupa tempat asal dirimu, walaupun dah jadi “melayu”=
islam janganlah buang keluarga,
Ayah tanggungjawab yang
ayah bagi pada ku, masih ku tak mampu untuk laksanakan. Ku terlalu lemah bila
ayah tiada disisi. Kini ku masih mengharapkan pengampunan darimu walaupun ku
tahu semua itu ku tak mungkin didengari…hanya doa seorang anak buat seorang
ayah yang banyak berkorban untuk diriku.
Terima kasih ayah…ku
menyayangi ayah di dunia dan juga akhirat..semoga di akhirat kelak ku
berkesempatan menemuimu bersama-sama ibu. Selamat hari ayah buat ayah. Dan ku
tidak pernah lupa balik dan menjenguk pusara mu serta membersihkan ranting
kayu, daun daun yang luruh.
No comments:
Post a Comment