Monday 16 June 2014

Cinta Seorang Anak Terhadap Seorang Ayah

Cinta Seorang Anak Terhadap Seorang Ayah



Dari kecil ku sentiasa di bawah ketiak ayah ku. Ku lebih banyak berkongsi masalah dengan ayahku, kerna hanya ayah seorang yang lebih memahamiku berbanding ibuku. Ayahku sentiasa gagah untuk mencari rezeki hanya untuk anak-anak dia yang masih kecil. Walaupun ayah tiada lagi, tetapi segala kenangan dengan dia sentiasa bermain di dalam fikiran bila ku dalam kesedihan, kesepian, menghadapi segala masalah..kerna hanya dia tempatku mengadu.

Ayah, andai masa boleh diputarkan balik, ingin sekali ku memelukmu serat-eratnya dan tak akan ku lepaskan walaupun sesaat. Ayah, andai masa boleh diputarkan, maka ku sanggup menjadi ganti. Kini ku cukup menyesal sangat-sangat kerana ku tidak memperdulikan mu dulu semasa dirimu menyuruhku pulang ke pangkuanmu. Ku cukup terseksa, walaupun telah mendapat kerjaya yang baik tetapi semua itu tidak memberikan ku apa-apa makna.

Kalau dulu ada handphone canggih atau ada kamera ingin sekali ku mengambil gambar bersamamu untuk dijadikan sebagai kenangan. Tapi semua itu, bukan seperti sekarang. Dulu ku tak mampu bahkan ayah pun tak mampu untuk membelinya. Ayah selalu berpesan jaga adik dan kakak, adikmu masih mentah, panas baran…kakak pula cacat…bila ayah sudah tiada nanti maka kamu yang lebih cerdik dari mereka tolong tengokkan mereka.

Ayah kini ku terlalu merindui diri mu ayah bila ada kawan-kawan  gembira bersama dengan ayah mereka. Dulu semasa ibu marahkan ku dengan teruknya, ayah sanggup berlawan tekak dengan ibu semata-mata hendak mempertahanku dari kena pukul. Ayah, andai dirimu ada sekarang ingin sekali ku berkongsi segala masalahku denganmu. Kini ku tahu semua itu tak akan pernah berlaku lagi.



Dulu bila ku bersedih atau menangis kerana kena pukul ibu, ayah selalu mengajakku untuk mengikutnya pergi berburu, membalak, memukat, pergi kebun, pergi padi huma serta mencari rezeki bila kewangan sudah kehabisan. Dulu dirimu tidak pernah mengeluh bila kita sekeluarga makan kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Kini semua itu hanyalah kenangan bersamamu. Ku tahu bila dirimu marah, ku akan terus diam atau akan membantu dirimu dalam melakukan kerja. Dulu dirimu dihina kerana mencuci longkang parit kutip sampah di sebuah pekan, ku tidak pernah berasa malu dengan semua itu bahkan membantu sekali kerana ayah mencari rezeki buat kami semua. Semasa belajar, ku sanggup tidak meminta wang kerana ku tahu ayah penat bila mencari rezeki. Gaji yang tak seberapa masih tidak mampu menanggung perbelanjaan perlajaran ku. Semasa kehabisan wang, ku juga tidak memberitahumu ayah kerana ku faham keadaan ayah..bahkan masa itu, saya belajar sambil bekerja tetapi ku mendiamkannya kerana tahu ayah akan marah.

Semasa ku convet, ku memberitahu ayah, ayah terus tak nak bertegur sapa bahkan bila telepon, ayah tak nak bercakap..selama sebulan ayah mendiamkan diri. Selepas itu, ku tidak pernah putus asa untuk menelepon ayah untuk memohon kemaafan atas segala perbuatanku. Tetapi ayah tidak pernah marah bahkan ayah menyuruhku balik ke kampung. Ayah menangis meneleponku, ku pun turut sekali menangis kerana ku masih tidak mampu untuk membeli tiket flight untuk balik, masa tu ayah sempat berpesan bila dah kerja jangan sesekali lupa tempat asal dirimu, walaupun dah jadi “melayu”= islam janganlah buang keluarga,

Ayah tanggungjawab yang ayah bagi pada ku, masih ku tak mampu untuk laksanakan. Ku terlalu lemah bila ayah tiada disisi. Kini ku masih mengharapkan pengampunan darimu walaupun ku tahu semua itu ku tak mungkin didengari…hanya doa seorang anak buat seorang ayah yang banyak berkorban untuk diriku.



Terima kasih ayah…ku menyayangi ayah di dunia dan juga akhirat..semoga di akhirat kelak ku berkesempatan menemuimu bersama-sama ibu. Selamat hari ayah buat ayah. Dan ku tidak pernah lupa balik dan menjenguk pusara mu serta membersihkan ranting kayu, daun daun yang luruh.

No comments:

My Journey's Join Rare Camp Trip

 My Journey's Join Rare Camp Trip 01/2024 + Hiking Maragang Hill Salam ukhuwah buat semua, kali ini saya nak berkongsi pengalaman percut...